Isnin, 16 Mac 2020

Pilihan Makanan Ikan Guppy

 Makanan Untuk Ikan Guppy

Terdapat pelbagai jenis makanan ikan guppy di pasaran dari makanan hidup hingga makanan pallet dan serbuk. Makanan amat penting untuk membantu tumbesaran ikan anda. Makanan tingi protein amat penting untuk membantu ikan anda membesar dengan lebih cepat dan sihat. Makanan hidup mempunyai nilai protein yang lebih tinggi berbanding makanan pallet.

1. Makanan Hidup

Makanan hidup yang sering diberi kepada ikan guppy adalah artemia, kutu air, jentik - jentik, bloodworm, microworm, infusoria dan banyak lagi. Setiap makanan mempunyai nutrisi yang penting untuk ikan. Dengan mempelbagaikan jenis makanan yang diberi kepada ikan, ia lebih membantu ikan untuk cepat membesar. Ini juga penting untuk memastikan ikan mampu menghasikan anak yang sihat dan banyak.

Kutu Air

Jentik - Jentik

Microworm



2. Pallet

Terdapat pelbagai jenis pallet yang dijual di pasaran dari harga yang murah sehingga harga yang mahal. Ini dapat dilihat melalui isi kandungan makanan tersebut. Makanan pallet yang mempunyai protein tinggi dan vitamin biasanya lebih mahal berbanding pallet biasa. Namun begitu, dengan nutrisi yang mencukupi, ikan anda dapat membesar dengan baik dan akan dapat melahirkan lebih banyak anak. Gambar dibawah menujukkan beberapa jenama makanan pallet tinggi protein yang berada di pasaran.

Burida No Sentaku

Hikari Fancy Guppy







Isnin, 10 Februari 2020

Jenis - Jenis Ikan Guppy

Jenis - Jenis Ikan Guppy

Terdapat pelbagai jenis ikan gupi dalam dunia. Terdapat beberapa spesies utama yang diklasifikasikan mengikut bentuk ekor dan sirip, corak pada badan, warna badan, warna mata dan banyak lagi. Disebabkan kepelbagaian corak yang ada, ikan ini sering menjadi pilihan para peminat akuarium untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.


1. Poecilia Reticulata (Common / Fancy Guppy)

Merupakan jenis ikan gupi yang dikenali peminat ikan kerana mempunyai pelbagai corak yang menarik dan unik. Ia juga amat mudah untuk dipelihara dan senang dibiakkan. justeru itu ia menjadi pilihan para peminat akuarium.

"IMG_1067" by maxxum is licensed under CC BY-NC-ND 2.0


2. Poecilia Wingei (Endler Guppy)

Dikenali sebagai endler guppy, mempunyai pelbagai campuran warna pada badannya, sangat mudah dipelihara dan sejenis ikan yang boleh dicampur didalam akuarium comuniti kerana sifatnya yang tenang dan aman.Ianya merupakan spesis terdekat common/fancy gupi dan boleh dikacukkan. Oleh sebab itu, jika anda mahu mengekalkan baka ikan tersebut, jangan dicampur dengan baka lain di dalam satu akuarium. Tidak seperti fancy gupi, endler amat jarang dijual di kedai haiwan peliharaan kerna tidak secantik fancy gupi.

3. Micropoecilia Picta (Swamp Guppies)

Gupi paya merupakan sejenis ikan yang ditemui di dalam air payau berhampiran kawasan paya yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai tabiat pemakanan omnivor dengan memakan tumbuhan dan serangga. Ikan ini amat sukar ditemui di kedai-kedai ikan kerana kesukaran untuk menyediakan air yang sesuai untuk ikan ini.

Micropoecilia Picta by scapeclub.org

4. Jenis Gupi mengikut bentuk ekor

Ikan gupi juga sering dikalsifikasikan mengikut bentuk ekor dan sirip. Terdapat pelbagai jenis bentuk ekor dan sirip serta warna dan corak yang berbeza pada ikan ini. Para penternak biasanya akan membuat "crossbreed" atau silang kacuk untuk mendapatkan warna dan bentuk ekor tertentu. Biasanya baka ikan tersebut akan diuji sehingga stabil supaya anak-anak ikan tersebut dapat menghasilkan warna dan bentuk yang sama dengan induk. 
Stacky7CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons


5. Jenis Gupi mengikut corak badan

    1.Tuxedo
    2.Cobra
    3.Snakeskin

6. Jenis Gupi mengikut corak ekor

    1.Glass
    2.Leopard
    3.Mosaic
    4.Lace

7.Jenis Gupi mengikut warna

    1.Albino
    2.White
    3.Black
    4.Blue
    5.Neon Blue
    6.Japanese Blue
    7.Green
    8.Red
    9.Yellow
    10.Purple 
    11.Bronze
    12.Golden
    13.Half-Black Blue
    14.Half-Black Green
    15.Half-Black Yellow
    16.Half-Black Purple
    17.Half-Black Pastel
    18.Solid Colored
    19.Multicolored
    20.Metal 
    21.Koi
    22.Panda
    23.Lazuli
    24.Dragon
    25.Moscow 
    26.Platinum

8.Jenis gupi mengikut sirip pektoral

    1.Dumbo

Rumusan

Dengan kepelbagaian variasi dan jenis, ikan ini sememangnya menjadi pilihan popular para peminat akuarium. Bukan sahaja mudah dipelihara, warna dan corak yang cantik juga memikat hati orang ramai untuk memelihara ikan ini. Bahkan ada juga penternak yang mencuba mendapatkan baka baru dengan mengkacukkan pelbagai jenis untuk menghasilkan jenis baru yang juga mampu dijual dengan harga yang tinggi. 

Jumaat, 17 Januari 2020

Kitaran Nitrogen

Kitaran Nitrogen Di Dalam Akuarium Anda

Dalam habitat semulajadi hidupan akuatik, keracunan nitrogen amat jarang berlaku tetapi tidak didalam akuarium yang disebabkan oleh lebihan makanan dan najis yang dihasilkan. Ini disebabkan akuarium mempunyai ruangan yang terhad dan persekitaran yang tertutup yang memungkinkan pencemaran nitrogen yang boleh menyebabkan ikan sakit bahkan mati. Berikut merupakan gambaran proses asas Kitaran Nitrogen.

Proses Kitaran Nitrogen

Ammonia terhasil daripada najis ikan, lebihan makanan dan juga dari tumbuhan atau hidupan yg telah mati (terurai). Ammonia akan terurai mnjadi nitrit dan akhirnya menjadi nitrat sebelum diserap oleh tumbuhan. Proses ini berlaku disebabkan oleh bakteria tertentu yang mengurai bahan-bahan tersebut. Selain dari diserap oleh tumbuhan, nitrat juga harus dikeluarkan dari akuarium dengan cara melakukan tukaran air(Water Change). Ini disebabkan oleh persekitaran akuarium yang tertutup dan tidak mampu untuk menyerap nitrat secara semulajadi.

Ammonia

Lebihan makanan dan najis akan diurai oleh bakteria menjadi ammonia. Ammonia merupakan gas yang tidak berwarna dan aman beracun untuk ikan. Peningkatan ammonia didalam akuarium disebabkan memberi ikan terlalu banyak makanan,dan juga ruangan yang sempit dan sesak yang menyebabkan kitaran nitrogen didalam akuarium tidak seimbang. 

Nitrit


Nitrit adalah pembunuh ikan akuarium yang paling utama dalam hobi ini dan perlu diawasi dan sebaiknya perludihpuskan dengan segera. Nitrit akan diurai oleh bakteria dan menjadi nitrat. Langkah-langkah ini perlu diambil untuk mengawal penghasilan nitrat didalam akuarium anda.

1. Berpada dalam memberi ikan makan, tidak perlu beri makan terlalu banyak.
2. Memastikan jumlah ikan tidak terlalu banyak didalam akuarium.
3. Melakukan penukaran air secara berkala tidak melebihi 20% air akuarium anda.

Nitrat


Nitrat merupakan produk terakhir hasil dari pengoksidaan nitrogen didalam kitaran nitrogen. Nitrat terhasil dari nitrit yang diurai oleh bakteria didalam akuarium. Nitrat akan diserap oleh tumbuhan. Di habitat semulajadi, tumbuhan akan menyeram nitrat dan akan membantu dalam mengurangkan jumlah nitrat didalam air. Namun, didalam akuarium, anda perlu membuat penukaran air secara berkala untuk memastikan ekosistem akuarium anda berada pada tahap yang terbaik.

Jenis - Jenis Ikan Guppy

Jenis - Jenis Ikan Guppy Terdapat pelbagai jenis ikan gupi dalam dunia. Terdapat beberapa spesies utama yang diklasifikasikan mengikut bentu...