Selasa, 5 November 2019

Cara Memelihara Ikan Guppy

Langkah- Langkah Memelihara Ikan Gupi.

1. Aquarium atau bekas yang sesuai.

Untuk memelihara ikan gupi memerlukan akuarium atau bekas yang sesuai. Selain akuarium, ikan gupi juga boleh dipelihara dalam bekas plastik, bekas fiberglass, bekas polisterin ais, dan kolam. Saiz bekas berdasakan jumlah ikan yang dipelihara. Jika jumlah ikan banyak, maka bekas yang besar diperlukan. Ini untuk memastikan air tidak cepat kotor dan juga ikan dapat membesar dengan cepat.

Akuarium
Akuarium

2. Air. 

contoh Anti Chlorine
Anti Chlorine
Air yang di isi didalam akuarium mestilah di nyah klorin terlebih dahulu, ini amat penting kerana klorin boleh membunuh ikan kesayangan anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyah klorin air contohnya mengunakan "anti chlorine" yang boleh dibeli di kedai ikan hiasan dan harganya murah. Selain itu, boleh juga mengunakan air paip yang diperam selama 2-3 hari. Ada juga penghobi meletakkan sedikit garam akuarium untuk memastikan risiko penyakit ikan dapat dikurangkan.





3. Penapis Air dan Pam Oksigen.

Hang On Back Filter
Hang On Back Filter
Penapis air digunakan untuk memastikan air kekal bersih dan kandungan ammonia didalam akuarium dapat dikawal manakala pam oksigen pula untuk memastikan air bergerak dan oksigen dapat terlarut didalam air. Saiz penapis yang digunakan perlu mengikut saiz akuarium kerana penapis yang mempunyai pam bersaiz besar akan menyebabkan pergerakan air yang terlalu laju untuk ikan gupi anda. Terdapat pelbagai jenis penapis air untuk akuarium anda seperti "top filter", "hang on back filter", "canister filter", "sponge filter, dan banyak lagi. Namun ikan gupi juga boleh dipelihara tanpa penapis air dan pam oksigen, tetapi harus membuat penukaran air sekurang - kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kadar amonia pada tahap yang selamat.

Top Filter
Top Filter












4. Suhu dan Cahaya

Ikan hiasan juga harus dibela dalam suhu yang sesuai. memandangkan ikan gupi merupakan ikan yang tahan lasak, suhu di Malaysia amat sesuai untuk ikan ini. Ikan gupi sesuai dibela didalam air yang bersuhu 18°C hingga 30°C. Bagi negara yang mempunyai iklim yang sejuk, suhu air boleh dikawal menggunakan pemanas akuarium. Untuk cahaya, akuarium boleh dipasang dengan lampu yang sesuai. Anak ikan gupi memerlukan cahaya secukupnya untuk tumbesaran yang sempurna. Pastikan cahaya diberi tidak terlalu lama kerana mampu mengangu pertumbuhan ikan dan juga kemungkinan kecacatan ikan.


Akuarium Dengan Lampu dan Tumbuhan.
Akuarium Dengan Lampu dan Tumbuhan.


5. Tumbuhan Air

Untuk memastikan anak ikan gupi anda selamat selepas dilahirkan, tumbuhan air amat digalakkan didalam akuarium anda supaya anak ikan yang dilahirkan dapat bersembunyi kerana ada juga gupi dewasa yang akan memakan anak ikan tersebut. Selain itu, Tumbuhan air juga dapat membekal kan oksigen dan juga menjadi penyerap ammonia semulajadi untuk akuarium anda.

guppy in planted tank
Akuarium Dengan Tumbuhan Air

6. Makanan

hikari fancy guppy
Makanan Tinggi Protein
Ikan gupi amat mudah dipelihara dan akan memakan makanan seperti pallet ikan, kutu air, microworm, artemia, jentik-jentik dan alga. Untuk memastikan ikan membesar dengan cepat, pastikan beri ikan anda makanan yang berprotein tinggi. Ikan yang mendapat protein yang cukup akan membesar dengan lebih cepat dan sihat.









7.Penjagaan Air

Setiap makhluk yang hidup pasti akan menghasilkan najis, begitu juga ikan. Disebabkan itu, air perlu ditukar secara berkala supaya tiada penghasilan ammonia secara berlebihan yang boleh menyebabkan ikan sakit bahkan mampu membunuh ikan anda. Oleh itu, penjagaan air amat penting untuk peminat haiwan akuatik. 👉Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut Kitaran Nitrogen didalam akuarium.


Jumaat, 1 November 2019

Ikan Gupi (Guppy Fish)

Ikan gupi/guppy


Ikan gupi/gapi atau guppy fish merupakan antara ikan hiasan yang popular dalam kalangan peminat ikan hiasan. Ikan Gapi atau nama saintifiknya (Poecilia reticulata) berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean. Ikan gapi juga dipelihara sebagai makanan kepada ikan yang lebih besar seperti ikan kelisa, haruan, dan sebagainya. Ikan gupi diperkenal di negara- negara asia untuk mengawal populasi nyamuk supaya risiko penyakit berasaskan nyamuk dapat dikurangkan. 

Kepelbagaian 'strain' ikan gupi.
Kepelbagaian 'strain' ikan gupi.

Pemakanan ikan gupi termasuk jentik - jentik, kutu air, artemia, cacing - cacing halus, dan banyak lagi. Ikan gupi merupakan ikan yang tahan lasak dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan. Ikan gupi jantan mempunyai corak yang tersendiri dan warna yang menarik berbanding ikan gupi betina yang kurang menyerlah. Ikan gapi merupakan ikan yang mudah membiak dan merupakan ikan yang melahirkan anak. 









Jenis - Jenis Ikan Guppy

Jenis - Jenis Ikan Guppy Terdapat pelbagai jenis ikan gupi dalam dunia. Terdapat beberapa spesies utama yang diklasifikasikan mengikut bentu...