Isnin, 31 Januari 2022

Tumbuhan Akuatik Akuarium

TUMBUHAN AKUATIK

Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)

Jika anda mencari tumbuhan yang cantik dan mudah dijaga, Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum) adalah salah satu jenis tumbuhan yang popular didalam hobi ini. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan ini mempunyai bunga yang cantik apabila ia mencapai tahap matang.

Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum) merupakan pokok terapung yang mudah membiak dan sesuai diletakkan didalam kolam atau akuarium anda.Tumbuhan ini membantu mengurangkan panas matahari dan juga menjadi tempat ikan bermain dibawahnya. Akar pokok ini menjadi tempat anak ikan bersembunyi.
Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)

Penjagaan Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)

Penjagaannya amat mudah dan senang. Memandangkan ianya merupakan tumbuhan terapung, akarnya tidak memerlukan tanah, akar yang tergantung akan menjadi tempat ikan-ikan kecil bersembunyi dan bermain. Perlu diingatkan bahawa pokok ini mudah membiak dan perlu dibuang setelah memenuhi akuarium atau kolam kerana ia akan menghalang matahari masuk kedasar. Ini perlu dielakkan jika anda mempunyai tumbuhan yang lain didalam akuarium atau kolam. Ia juga boleh dijadikan makanan ikan yang besar seperti ikan koi dan lain-lain.

Akar pokok ini juga mampu memanjang sehingga memenuhi akuarium anda, oleh itu, pemberian nutrisi dan baja tumbesaran pokok ini perlu diawasi dan dikawal dengan baik. Akarnya yang panjang boleh dipotong dan tidak akan merosakkan pokok ini.

Akar sesuai untuk anak ikan bersembunyi.

Cara Pembiakan Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)

Cara pembiakan tumbuhan ini amat mudah iaitu melalui anak pokok yang akan menjadi satu individu pokok yang baru. Pokok ini hanya memerlukan persekitaran yang baik untuk tumbuhan tumbuh. Ini termasuk pencahayaan yang baik dan nutrien yang mencukupi. Secara umumnya, tumbuhan ini amat mudah dijaga dan sesuai untuk pemula.



Khamis, 20 Januari 2022

Kenali Jantina Ikan Anda

 Mengenali Jantina Ikan Guppy

Jantina ikan ini amat mudah untuk dikenalpasti. Ikan jantan mempunyai warna yang terang dan ekor yang lebih kembang, manakala ikan betina selalunya berwarna pudar dan mempunyai badan yang bulat dan besar. Kebanyakan penternak ikan ini akan mengasingkan ikan mengikut jantina dari umur sebulan supaya dapat memastikan ikan benar-benar sedia untuk mengawan dan melahirkan anak. Ini supaya anak ikan yang dilahirkan lebih banyak dan sihat.

IKAN JANTAN

Sering menjadi pilihan peminat ikan hiasan disebabkan oleh warna dan corak yang cantik. Mempunyai badan yang kecil dan mempuyai ekor yang lebih besar. Warna dan corak pada badan ikan lebih terang dan jelas. Sirip atas ikan jantan lebih besar berbanding ikan betina.


IKAN BETINA

Mempunyai badan yang yang lebih besar berbanding ikan jantan. Warnanya agak pudar, mempunyai badan yg bulat dan besar. Sirip bawah ikan betina lebih besar berbanding ikan jantan. Titik gravid ikan betina dapat dilihat dengan jelas di bawah perutnya yang besar, kita juga dapat mengetahui jika ikan ini akan beranak atau tidak melalui titik berwarna hitam dibawah perutnya.


RUMUSAN

Dengan pemilihan ikan dengan betul, ikan ini amat mudah untuk dibiakkan. Digalakkan membela 1 jantan : 3 betina, ini disebabkan ikan jantan suka mengejar ikan betina dan boleh mengakibatkan kematian ikan anda. Dengan nisbah yg betul, ikan anda akan dapat bertahan lebih lama bahkan dapat membiak dengan sihat dan banyak.

Jenis - Jenis Ikan Guppy

Jenis - Jenis Ikan Guppy Terdapat pelbagai jenis ikan gupi dalam dunia. Terdapat beberapa spesies utama yang diklasifikasikan mengikut bentu...