Khamis, 20 Januari 2022

Kenali Jantina Ikan Anda

 Mengenali Jantina Ikan Guppy

Jantina ikan ini amat mudah untuk dikenalpasti. Ikan jantan mempunyai warna yang terang dan ekor yang lebih kembang, manakala ikan betina selalunya berwarna pudar dan mempunyai badan yang bulat dan besar. Kebanyakan penternak ikan ini akan mengasingkan ikan mengikut jantina dari umur sebulan supaya dapat memastikan ikan benar-benar sedia untuk mengawan dan melahirkan anak. Ini supaya anak ikan yang dilahirkan lebih banyak dan sihat.

IKAN JANTAN

Sering menjadi pilihan peminat ikan hiasan disebabkan oleh warna dan corak yang cantik. Mempunyai badan yang kecil dan mempuyai ekor yang lebih besar. Warna dan corak pada badan ikan lebih terang dan jelas. Sirip atas ikan jantan lebih besar berbanding ikan betina.


IKAN BETINA

Mempunyai badan yang yang lebih besar berbanding ikan jantan. Warnanya agak pudar, mempunyai badan yg bulat dan besar. Sirip bawah ikan betina lebih besar berbanding ikan jantan. Titik gravid ikan betina dapat dilihat dengan jelas di bawah perutnya yang besar, kita juga dapat mengetahui jika ikan ini akan beranak atau tidak melalui titik berwarna hitam dibawah perutnya.


RUMUSAN

Dengan pemilihan ikan dengan betul, ikan ini amat mudah untuk dibiakkan. Digalakkan membela 1 jantan : 3 betina, ini disebabkan ikan jantan suka mengejar ikan betina dan boleh mengakibatkan kematian ikan anda. Dengan nisbah yg betul, ikan anda akan dapat bertahan lebih lama bahkan dapat membiak dengan sihat dan banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jenis - Jenis Ikan Guppy

Jenis - Jenis Ikan Guppy Terdapat pelbagai jenis ikan gupi dalam dunia. Terdapat beberapa spesies utama yang diklasifikasikan mengikut bentu...