TUMBUHAN AKUATIK
Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)
Jika anda mencari tumbuhan yang cantik dan mudah dijaga, Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum) adalah salah satu jenis tumbuhan yang popular didalam hobi ini. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan ini mempunyai bunga yang cantik apabila ia mencapai tahap matang.
Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum) merupakan pokok terapung yang mudah membiak dan sesuai diletakkan didalam kolam atau akuarium anda.Tumbuhan ini membantu mengurangkan panas matahari dan juga menjadi tempat ikan bermain dibawahnya. Akar pokok ini menjadi tempat anak ikan bersembunyi.
Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum) |
Penjagaan Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)
Penjagaannya amat mudah dan senang. Memandangkan ianya merupakan tumbuhan terapung, akarnya tidak memerlukan tanah, akar yang tergantung akan menjadi tempat ikan-ikan kecil bersembunyi dan bermain. Perlu diingatkan bahawa pokok ini mudah membiak dan perlu dibuang setelah memenuhi akuarium atau kolam kerana ia akan menghalang matahari masuk kedasar. Ini perlu dielakkan jika anda mempunyai tumbuhan yang lain didalam akuarium atau kolam. Ia juga boleh dijadikan makanan ikan yang besar seperti ikan koi dan lain-lain.
Akar pokok ini juga mampu memanjang sehingga memenuhi akuarium anda, oleh itu, pemberian nutrisi dan baja tumbesaran pokok ini perlu diawasi dan dikawal dengan baik. Akarnya yang panjang boleh dipotong dan tidak akan merosakkan pokok ini.
Cara Pembiakan Amazon Frogbit (Limnobium laevigatum)
Cara pembiakan tumbuhan ini amat mudah iaitu melalui anak pokok yang akan menjadi satu individu pokok yang baru. Pokok ini hanya memerlukan persekitaran yang baik untuk tumbuhan tumbuh. Ini termasuk pencahayaan yang baik dan nutrien yang mencukupi. Secara umumnya, tumbuhan ini amat mudah dijaga dan sesuai untuk pemula.